- Air Wales adalah sebuah syarikat penerbangan daerah yang berpusat di Cardiff, Wales. Ia mengendalikan perkhidmatan berjadual antara Lapangan Terbang Antarabangsa Cardiff dengan beberapa destinasi di United Kingdom dan Ireland. Syarikat penerbangan ini bermula pada tahun 2002 tetapi menghadapi masalah kewangan dan menghentikan operasinya pada tahun 2006.